Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lumpuh Sindiket Pil Kuda

Published: 05 Sep 2014 12.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Op Kembong’ yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya membuahkan hasil dengan tertangkapnya empat lelaki dan seorang wanita tempatan bersama rampasan 39,817 biji pil WY atau lebih dikenali dengan gelaran ‘pil kuda’ seberat 4.3 kilogram di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuh-sindiket-pil-kuda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:34 MYT

Kuala Lumpur, 4 Sept – ‘Op Kembong’ yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya membuahkan hasil dengan tertangkapnya empat lelaki dan seorang wanita tempatan bersama rampasan 39,817 biji pil WY atau lebih dikenali dengan gelaran ‘pil kuda’ seberat 4.3 kilogram di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Ogos lalu.

Pihak polis telah menjalankan beberapa siri tangkapan berpandukan kepada penahanan dua lelaki dan seorang wanita di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah di Kota Bharu.

Sebuah kereta dipandu oleh suspek lain yang melarikan diri dari kepungan pihak polis semasa tiga individu terbabit ditahan juga telah berjaya ditemui dan pihak polis menjumpai 39,817 biji pil kuda dalam kereta tersebut yang ditinggalkan di pinggir jalan.

Hasil daripada soal-siasat ke atas suspek yang berjaya ditangkap, pihak polis telah menjalankan dua lagi tangkapan di lokasi berasingan ke atas dua orang lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket terbabit.

Hasil rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1 juta dan pihak polis turut menyita sejumlah wang tunai, dua buah kenderaan dan barang-barang kemas milik suspek.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 05 Sep 2014 12.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM