Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Lumpuh Judi Piala Dunia Babitkan Pertaruhan Rm2 8 Juta

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis berjaya melumpuhkan rangkaian perjudian Piala Dunia membabitkan pertaruhan RM2.8 juta dengan tertangkapnya lima penganjur di sekitar Jelubu, Seremban dan Jempol..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuh-judi-piala-dunia-babitkan-pertaruhan-rm2-8-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:38 MYT
SEREMBAN, 21 Jun 2010 -- Polis berjaya melumpuhkan rangkaian perjudian Piala Dunia membabitkan pertaruhan RM2.8 juta dengan tertangkapnya lima penganjur di sekitar Jelubu, Seremban dan Jempol.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh kesemua suspek ditangkap pada 16, 17 dan 18 Jun, dua daripada mereka adalah penoreh getah berusia 40 tahun dan seorang wanita yang bekerja sebagai juru jual.

"Kesemua mereka berusia di antara 32 hingga 47 tahun. Ada yang ditangkap ketika sedang mengendalikan pertaruhan di rumah, restoran dan kafe siber, jumlah pertaruhan terendah bermula dari seribu ringgit hingga ke RM10,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontingen Polis negeri di sini pada Isnin.

Polis turut merampas empat komputer bimbit, 14 buah telefon bimbit, sebuah komputer meja, dua modem, tiga alat jalur lebar, lima tetikus, sebuah kereta Proton Iswara dan wang tunai berjumlah RM14,224, katanya.

"Semua pertaruhan dijalankan secara online. Polis percaya penganjur ini sudah mengendalikan judi bola bernilai RM2.8 juta, di mana sehari mereka menerima pertaruhan sebanyak RM400,000 membabitkan tiga perlawanan dalam satu malam," katanya.

Katanya polis turut menahan tiga lelaki yang merupakan pemain judi.

Polis sedang menyiasat jika penganjur-penganjur judi ini mempunyai hubungan dengan sindiket judi antarabangsa kerana pertaruhan dibuat melalui satu laman sesawang, katanya.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM