Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Langkawi Ambil Langkah Pencegahan Bagi Pemukiman Sidang Kemuncak Asean

Published: 08 Apr 2015 1.47 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
LANGKAWI, 8 April - Polis Langkawi mengambil langkah pencegahan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN 2015 bermula 27 April.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-langkawi-ambil-langkah-pencegahan-bagi-pemukiman-sidang-kemuncak-asean
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT

 

LANGKAWI, 8 April - Polis Langkawi mengambil langkah pencegahan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN 2015 bermula 27 April.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah berkata langkah itu termasuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan di venue sidang kemuncak yang akan dihadiri semua ketua kerajaan negara ASEAN serta meningkatkan rondaan marin di kawasan pulau peranginan ini.

"Kami sudah membuat persediaan, dari segi kawalan keselamatan bagi acara itu, serta dari segi mengiringi orang kenamaan, dan menyediakan langkah pencegahan lain untuk mencegah sebarang isu yang mungkin timbul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini ketika ditemui pada program kempen menderma darah bersempena sambutan Hari Polis Ke-208.

Menurut Harrith Kam, walaupun Sidang Kemuncak ASEAN bukan acara antarabangsa yang pertama kali dikendalikan oleh pihak polis, kami tidak memandang mudah perkara itu bagi memastikan acara itu berjalan lancar.

"Kami mungkin baru sahaja menjadi tuan rumah LIMA (Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi) yang berlangsung tanpa sebarang kejadian tidak diingini tetapi kami akan tetap melakukan pemantauan, pada sidang kemuncak ini," katanya.

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 08 Apr 2015 1.47 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM