Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lancar Operasi Besar Besaran Basmi Masalah Penagihan D

Published: 17 Jun 2014 6.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Khalid berkata pihaknya akan melihat dan mengkaji permasalahan dadah di negara ini yang turut disifatkan sebagai satu ancaman yang perlu dipantau secara serius...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lancar-operasi-besar-besaran-basmi-masalah-penagihan-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:24 MYT

Kuala Lumpur, 5 Julai - Polis akan melancarkan operasi besar-besaran untuk membasmi dan mengatasi masalah penagihan dadah di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi bagi membasmi masalah narkotik itu yang akan dipertingkat dan diperluaskan bukan sahaja menahan pengedar dadah malah penagih dadah.

"Seperti yang disebut Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita akan lancarkan operasi bagi menangani masalah dadah ini di seluruh negara terutama di sekitar Lembah Klang.

"Sebenarnya, operasi membasmi masalah dadah ini kita tidak pernah berhenti, cuma kita akan pertingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan boling Piala Ketua Polis Negara di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid yang menyarankan supaya Kementerian Dalam Negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membanteras jenayah dadah.

Khalid berkata pihaknya akan melihat dan mengkaji permasalahan dadah di negara ini yang turut disifatkan sebagai satu ancaman yang perlu dipantau secara serius.

Katanya polis akan melipat-gandakan usaha itu termasuk meminta bantuan daripada jabatan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Sementara itu, Khalid berkata polis telah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas tarikh penamaan calon dan hari pengundian diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"Saya menyeru mana-mana parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan pilihan raya. Sekiranya terdapat masalah, datanglah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah supaya segala peraturan dapat dijelaskan," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM