Khalid Berkata Pihaknya Akan Melihat Dan Mengkaji Permasalah
Johor
Baharu, 5 Julai - Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) menggagalkan
cubaan menyeludup masuk dan keluar 45 pendatang asing tanpa izin (Pati)
yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Pakistan selepas menahan
mereka di Pantai Ladang Rusa, Sungai Rengit dekat Kota Tinggi tengah
malam tadi.
Timbalan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Supt N. Kalai Chelvan berkata
kesemua mereka yang berumur 20 hingga 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
"Serbuan
dilakukan terhadap sekumpulan pendatang asing dari darat menuju pantai
yang cuba menaiki bot pancung dan sekumpulan pendatang yang sedang turun
dari bot menuju daratan.
"Semasa
serbuan, bot pancung yang mereka naiki memecut ke laut dan tekongnya
terus terjun meloloskan diri," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kalai
Chelvan berkata mereka merupakan 36 lelaki rakyat Indonesia, seorang
lelaki rakyat Pakistan manakala lapan wanita rakyat Indonesia.
Beliau
berkata turut ditemui dua mayat lelaki dan satu mayat wanita yang
dipercayai maut akibat terkena kipas bot pancung berkenaan.
Polis turut merampas sebuah bot fibre glass dan tiga buah enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda.
Kesemua
yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Sungai Rengit dan kes disiasat
mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba keluar dan
masuk dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan dan Seksyen
6(1)(c) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Sumber : BERNAMA
