Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lancar Op Cantas Khas

Published: 17 Jun 2014 9.07 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah mal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lancar-op-cantas-khas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:58 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin.

Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat diberikan orang awam dan hasil risikan di peringkat balai, daerah, kontinjen dan Bukit Aman.

Mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan, termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek.

"Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghindar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti bunuh", katanya.

Dalam operasi bermula awal padi semalam, sebanyak 11 lokasi panas di sekitar Lembah Klang diperiksa iaitu lima di ibu kota dan enam di Selangor.

Individu yang dikesan dalam Op Cantas dan mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap atau samseng yang mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (APJ) untuk tempoh 24 jam.

"Tumpuan diberikan terhadap mereka yang terlibat dalam pertubuhan haram selepas dikenal pasti melalui identity diri, logo pada kenderaan atau apa saja lambing mencurigakan sehingga kita yakin mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap."

"Sekiranya memerlukan masa untuk siasatan lanjut, suspek akan direman selepas mendapat perintah mahkamah," katanya.

Ops cantas dikendalikan sepenuhnya Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, turut membabitkan penubuhan pasukan operasi khas yang terdiri daripada 12 anggota, diketuai seorang pegawai berpangkat Assisten Superintendan (ASP) bagi setiap kawasana tau daerah.

Pasukan operasi khas itu akan menjalankan siasatan dan pemeriksaan susulan berkaitan kes jenayah sejurus menerima maklumat daripada suspek atau ahli kongsi gelap yang ditahan dalam Op Cantas Khas.

Polis Lancar Op Cantas Khas

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 9.07 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM