Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kulim Tahan 13 Lelaki Disyaki Terlibat Kes Curi Motosi

Published: 17 Jun 2014 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota kumpulan Owek, kumpulan Micheal dan kumpulan Puteh Muru serta dua individu yang bertindak secara ''solo'' itu ditahan pasukan petugas khas ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kulim-tahan-13-lelaki-disyaki-terlibat-kes-curi-motosi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT

KULIM, 25 Feb - Polis menumpaskan tiga kumpulan dan dua individu yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah Kulim dan Pulau Pinang berikutan tertangkapnya 13 lelaki sejak pertengahan bulan ini hingga Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota kumpulan Owek, kumpulan Micheal dan kumpulan Puteh Muru serta dua individu yang bertindak secara ''solo'' itu ditahan pasukan petugas khas di beberapa lokasi termasuk sekitar bandar ini, Pekan Sungai Kob, Padang Serai dan Mahang.

Katanya tujuh yang ditahan ialah anggota kumpulan Owek diketuai seorang juvana (17 tahun), kumpulan Puteh Muru (dua lelaki anak-beranak berusia 42 dan 17 tahun) dan kumpulan Micheal (dua orang).

"Pihak polis menemui semula 23 rangka motosikal yang telah dileraikan komponennya, ditenggelamkan di kawasan tasik, kolam tinggal dan sungai termasuklah di Sungai Muda (sekitar Kampung Sidam Kanan), Sungai Ular dan Lunas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya polis juga menjumpai lapan motosikal lengkap yang kebanyakannya daripada jenama Honda EX5 yang dikatakan popular dalam kalangan pencuri motosikal di sekitar Utara.

Ghuzlan berkata berdasarkan siasatan salah seorang suspek berusia 42 tahun mengaku mencuri lebih 30 motosikal di daerah ini sejak 2011.

"Hasil saringan dadah yang dilakukan ke atas semua suspek, tujuh daripadanya positif dadah," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kadar indeks jenayah, daripada 1,649 kes jenayah keseluruhannya yang dilaporkan sejak 2011 sebanyak 520 kes atau 31.5 peratus adalah kes curi motosikal.

Beliau berkata berdasarkan fakta itu pihaknya bertindak menubuhkan pasukan petugas itu terdiri daripada 19 anggota dan seorang pegawai berpangkat Inspektor sejak Januari lepas.

"Saya bangga dengan kejayaan yang dicapai pasukan ini, sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan dua ini kadar indeks jenayah mencuri motosikal di daerah ini telah turun secara mendadak," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM