Polis Kuantan Rampas Komputer Judi Bernilai Lebih Rm3 Juta
Kuantan,
6 Sept - Polis Kuantan merampas 3,338 unit komputer yang digunakan
dalam aktiviti perjudian Internet di pusat kafe siber bernilai lebih RM3
juta sejak Januari lepas sehingga hari ini.
Menurut
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, dalam tempoh itu
1,039 orang ditangkap atas kesalahan berjudi dan turut merampas wang
tunai lebih RM68,000 hasil perjudian.
"Bagi
tempoh berkenaan 32 premis dipotong bekalan elektrik, 79 premis dibatal
lesen, 67 kes telah didakwa di mahkamah dan 29 kes lagi masih dalam
perbicaraan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya
dalam Ops Dadu yang dijalankan di sini awal hari ini, tujuh pusat kafe
siber diserbu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian Internet secara
haram sejak beberapa bulan lalu.
Beliau
berkata polis merampas 161 set komputer bernilai RM161,000 serta wang
tunai lebih RM8,000 dan menahan 106 kaki judi termasuk dua wanita
berumur lingkungan 20-an hingga 50-an.
Sumber : BERNAMA