Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kota Kinabalu Tahan 59 Pati Filipina Dan Indonesia

Published: 29 May 2015 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 29 Mei- Polis menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga lokasi rumah setinggan di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kota-kinabalu-tahan-59-pati-filipina-dan-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT

Kota Kinabalu, 29 Mei- Polis menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga lokasi rumah setinggan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua PATI itu ditahan itu merupakan sebahagian daripada 133 individu yang diperiksa di rumah setinggan Kampung Sekoli, Telipok; rumah setinggan Sungai Darau, Menggatal; dan rumah setinggan Lorong Kumbang, Batu 7 di Inanam.

PATI yang ditahan terdiri daripada 42 warga Filipina dan 17 warga
Indonesia, katanya dalam kenyataan hari ini.

Chandra berkata polis turut menahan empat lelaki yang didapati positif
dadah.

Operasi yang berakhir pada 7 pagi itu membabitkan enam pegawai dan 86 anggota terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 29 May 2015 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM