Artikel
Polis Kota Kinabalu Tahan 10 Lelaki Dan Empat Wanita Miliki
Polis merampas sejumlah syabu dan menahan 10 lelaki dan empat wanita dalam beberapa operasi sejak minggu lepas, dan semua mereka akan disiasat di bawah Seksyen...
Polis merampas sejumlah syabu dan
menahan 10 lelaki dan empat wanita dalam beberapa operasi sejak minggu
lepas, dan semua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan.
Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata dalam operasi Rabu lepas polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berumur antara 25 dan 46 tahun dan merampas sejumlah syabu yang dianggar bernilai RM32,000.
Beliau berkata mereka ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah sewa di Jalan Lintas, Kepayan Ridge dekat sini pada kira-kira pukul 5.20 petang, dan menemui lima paket dadah itu yang jumlah berat keseluruhan 100.4g.
"Ujian air kencing mendapati empat daripada lelaki itu dan wanita berkenaan positif dadah," katanya pada satu persidangan akhbar di Balai Polis Karamunsing di sini Jumaat.
Ahmad Sofi berkata terdahulu pada 8 Februari polis menahan dua lelaki berumur 21 dan 24 tahun dan merampas 10 paket syabu seberat 78g yang dianggar bernilai RM28,000 daripada mereka.
Katanya mereka yang ditahan dalam sebuah kereta di sebuah jalan di Taman Putrajaya, Menggatal dekat sini dipercayai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah di sekitar bandaraya.
Beliau berkata dua hari kemudian tiga lelaki dan tiga wanita berumur antara 21 dan 47 tahun ditahan dalam sebuah rumah flet di Jalan Tuaran di sini, selepas polis merampas 31 paket syabu seberat 42.08g bernilai RM15,000 yang ditemui pada mereka.