Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kota Kinabalu Cari Suspek Pecah Kereta

Diterbitkan: 19 Dec 2014 10.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 19 Dis - Pihak polis sedang menjejaki seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah kereta sekitar sini dan Luyang sejak bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kota-kinabalu-cari-suspek-pecah-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT
Kota Kinabalu, 19 Dis - Pihak polis sedang menjejaki seorang suspek yang dipercayai terlibat  dalam lapan kes pecah kereta sekitar sini dan  Luyang sejak bulan lalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata orang ramai yang mempunyai  maklumat dan mengenali suspek boleh menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Mohd Ali di talian 013-2120852 atau hotline 088-221191.

Beliau berkata suspek berkenaan Samri Samsul, 28, telah dikesan di Taman Rekreasi Bukit Padang semalam, tetapi dapat melarikan diri.

"Suspek yang berada dalam sebuah kenderaan Perodua Myvi mengelak daripada  diperiksa dengan memandu keretanya ke belakang dan ke hadapan sehingga menyebabkan kerosakan empat buah kereta dan motosikal polis.

"Oleh itu polis terpaksa melepaskan empat das tembakan kepada tayar kereta suspek. Namun suspek dapat memecut keretanya yang ditemui 15 minit kemudian di simpang jalan Sekolah Antarabangsa, Bukit Padang, tanpa kelibatnya," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui parang pemotong daging di dalam kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau sedang melalui dua perbicaraan kerana memiliki barang curi serta kes dadah. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2014 10.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM