
Artikel
Polis Kontinjen Pahang Bersihkan Smk Clifford Kuala Lipis
Warga kerja Polis Pahang termasuk pegawai awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis dan Cameron Highland menghulurkan bantuan dengan melakukan kerja-kerja...
Warga kerja Polis Pahang termasuk pegawai awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis dan Cameron Highland menghulurkan bantuan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan yang terjejas dengan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang, semalam.
Kerja-kerja pembersihan turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak Tenaga Nasional Berhad Daerah Kuala Lipis bersama warga pendidik SMK Clifford dalam membersihkan bangunan sekolah dan fasiliti yang terdapat di sana.
Kepada rakan-rakan sepasukan, teruskan perjuangan kita membantu masyarakat yang memerlukan. Hulurkan tangan dan ikhlaskan hati, InsyaAllah pasti ada sinar di kemudian hari.
Sumber: Polis Daerah Lipis