Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kl Tumpaskan Sindiket Curi Kenderaan Bernilai Rm1 2 Juta

Published: 17 Jul 2018 1.44 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 17 Julai 2018 - Polis menahan lima individu dipercayai anggota sindiket mencuri kereta bernilai RM1.2 juta di sebuah premis menjual kenderaan terpakai di Bandar Kinrara, dekat sini Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kl-tumpaskan-sindiket-curi-kenderaan-bernilai-rm1-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT

Kuala Lumpur, 17 Julai 2018 - Polis menahan lima individu dipercayai anggota sindiket mencuri kereta bernilai RM1.2 juta di sebuah premis menjual kenderaan terpakai di Bandar Kinrara, dekat sini Khamis lalu.

Serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu pejabatPolis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 5 petang itu turut menemukan 21 buah kenderaan curi, empat telefon bimbit dan segugus kunci.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, 20 kereta yang dicuri ialah Toyota Hilux dan sebuah Mini Austin Morris.

"Enam Hilux tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan 11 lagi Hilix telah diubah nombor chasis.

"Kita juga percaya semua kenderaan tersebut akan dijual untuk pasaran negara timur tengah," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kesemua suspek berusia lingkungan 41 hingga 63 tahun ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 379 dan 413 Kanun Keseksaan.

Sumber berita: Utusan Online

 
ArticlePublished 17 Jul 2018 1.44 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM