Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kl Kesan Elvis Paul

Diterbitkan: 31 Jul 2018 8.55 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur mengesan lelaki warga Tanzania, Elvis Paul Kazeni Mbwambo, 22, yang dilihat kali terakhir di Asia Pacific University, Taman Teknologi, Bukit Jalil, di sini, tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kl-kesan-elvis-paul
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:18 MYT

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur mengesan lelaki warga Tanzania, Elvis Paul Kazeni Mbwambo, 22, yang dilihat kali terakhir di Asia Pacific University, Taman Teknologi, Bukit Jalil, di sini, tahun lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya berusaha membantu pihak Kedutaan Tanzania yang meminta bantuan pihak polis bagi mengesan warganegara mereka itu.

Menurut kenyataan, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Bukit Jalil Asisten Superintendan Franky Wong Kee Chaan di talian 03-89943222 atau 016-34999222.

“Maklumat boleh juga disalurkan melalui Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras di talian 03-92050222 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Bacaan lanjut di Harian Metro.

ArtikelDiterbitkan 31 Jul 2018 8.55 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM