Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kesan Pelbagai Taktik Digunakan Untuk Ke Syria Sertai Daesh

Diterbitkan: 21 Jan 2016 10.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kuala Terengganu, 21 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik yang digunakan oleh rakyat negara ini bagi melepaskan diri ke Syria dipercayai untuk menyertai kumpulan pengganas Deash.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kesan-pelbagai-taktik-digunakan-untuk-ke-syria-sertai-daesh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT

Kuala Terengganu, 21 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik yang digunakan oleh rakyat negara ini bagi melepaskan diri ke Syria dipercayai untuk menyertai kumpulan pengganas Deash.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan ini menggunakan jalan alternatif untuk ke sana.

Katanya tindakan itu juga bagi menyukarkan dan mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan pergerakan mereka dengan beralih dari satu lokasi ke lokasi lain.

"Kaedah yang digunakan sekarang untuk merekrut orang bukan macam dulu, dulu fizikal senang kita hendak kesan sekarang ini cuma menerusi atas talian.

"Kalau dia berhubung menerusi atas talian sahaja dengan rakyat Malaysia yang berada di Syria, mereka akan mengaturkan mungkin tidak berlepas daripada Kuala Lumpur (KL), daripada KL pergi ke Bangkok kemudian Dhuha, Qatar, Dubai sehingga ke Istanbul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya apabila sampai di Istanbul mungkin mereka akan menghubungi dan tidak berlepas secara terus ke Syria dan ini menyukarkan untuk mengesan pergerakan dan perjalanan mereka.

"Itu yang sukar hendak kesan dia bukannya pergi secara terus ke Istanbul. Sekarang ini banyak beralih ke tempat lain dan hanya menerusi dalam talian," katanya.

Jelasnya sehingga kini masih ada rakyat Malaysia ke Syria kerana bagi mereka konsep jihad ini masih berterusan walaupun selepas memberi penerangan, penjelasan dan tangkapan.

Beliau berkata setakat ini kegiatan tersebut masih terkawal dan pihaknya masih mampu mengesan serta menangkap, namun yang lebih membimbangkan adalah mereka yang sudah berlepas ke sana.

Pihaknya mendapati mereka yang terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk profesional.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 Jan 2016 10.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM