Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kes Dua Saksi Kes Narkotik

Diterbitkan: 05 Sep 2016 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 5 September 2016 - Polis sedang mengesan dua individu bagi menghadiri satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Rabu ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kes-dua-saksi-kes-narkotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:47 MYT

Kuala Lumpur, 5 September 2016 - Polis sedang mengesan dua individu bagi menghadiri satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Rabu ini.

Pegawai Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Nor Nazahiyah Mohamad berkata, kedua-dua individu tersebut perlu menjadi saksi pendakwaan awam bagi perbicaraan kes narkotik.

“Individu pertama merupakan seorang lelaki bernama, M. Tharmaraj, 24, yang beralamat di No. 41, Jalan KSU 4, Taman Kuala Selangor Utama, Jalan Teluk Piah, Kuala Selangor, Selangor.

“Manakala individu kedua pula merupakan seorang wanita bernama M. Shaamilah, 36, yang beralamat di No. 25, Jalan New Delhi K/B Buntong, Ipoh, Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut boleh menyalurkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-9051 6222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Siti Farah Halina Mohd. Redzuan di talian 017-641 7703 atau menghubungi Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di talian 03-77286222.

Sumber : Kosmo Online

ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2016 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM