Kota Bharu - Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes seorang gadis berusia 22 tahun ditoreh muka sehingga menerima hampir 20 jahitan dalam kejadian samun di Pasir Puteh, Ahad lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua suspek itu dipercayai penduduk daerah berkenaan dan usaha memburu mereka sedang giat dilakukan.
"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Kita percaya mereka adalah warga tempatan dan berasal dari daerah yang sama," katanya ketika dihubungi.
Sumber: Berita Harian