Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kenal Pasti Lima Sindiket Judi Haram Di Perlis

Diterbitkan: 17 Jan 2016 4.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 17 Jan - Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya lima sindiket penganjur atau ejen judi haram yang beroperasi di Perlis hasil 'Ops Dadu' yang dilancarkan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kenal-pasti-lima-sindiket-judi-haram-di-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT


Kangar, 17 Jan - Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya lima sindiket penganjur atau ejen judi haram yang beroperasi di Perlis hasil 'Ops Dadu' yang dilancarkan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman, SAC Khairi Ahrasa berkata sindiket terbabit dipercayai aktif di Perlis antara tiga bulan hingga dua tahun lepas.

"Sindiket dan ejen-ejen mereka akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya dalam satu kenyataan media di sini malam tadi. 
Dalam operasi itu yang bermula pukul 4 petang semalam, STAGG menyerbu 22 premis judi di tujuh kawasan, berjaya memberkas 30 operator dan pekerja mereka iaitu 21 lelaki dan sembilan wanita berumur 16 hingga 53 tahun.

Pasukan itu turut menahan tujuh kaki judi termasuk dua warga Thailand, merampas 230 peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM16,694, kata Khairi.

Menurut Khairi, pertaruhan harian kaki judi dengan sindiket tersebut mencecah lebih RM37,000 dan bulanan melebihi RM513,000.

Operator-operator sindiket ini berselindung dengan menjalankan perniagaan lain seperti kedai telefon dan kedai runcit untuk mengaburi pihak berkuasa, katanya.

Menurut beliau ada juga ejen yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat selain menjadikan premis mereka sebagai tempat kegiatan untuk berjudi.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan Twitternya Go PDRM Go @PDRMsia memuji kejayaan STAGG yang menyerbu 22 premis judi ekor haram dan menahan 30 operator dan ejen di Perlis.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2016 4.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM