Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kenal Pasti 16 Lokasi Panas Di Permatang Pauh

Diterbitkan: 20 Apr 2015 8.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Mertajam, 20 April - Polis telah mengenal pasti 16 lokasi panas di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kenal-pasti-16-lokasi-panas-di-permatang-pauh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:23 MYT

Bukit Mertajam, 20 April - Polis telah mengenal pasti 16 lokasi panas di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata polis turut mengenal pasti sembilan kawasan yang
berkemungkinan berlaku pergaduhan.

Abdul Rahim berkata bagi memastikan proses PRK itu lancar, polis membuka 30 bilik gerakan di kawasan berkenaan dan menempatkan 260 pegawai serta anggota untuk 24 jam.

"Pada pandangan saya, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini nampaknya rancak. Saya percaya kekuatan pegawai dan anggota kontinjen Pulau Pinang serta bantuan daripada Bukit Aman akan dapat menjaga keamanan di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim ditemui selepas mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam yang merupakan pusat penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh, di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menasihatkan parti-parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah untuk berkempen mulai sekarang kerana permohonan permit boleh dibuat dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan ceramah.

"Saya nasihatkan parti-parti politik bertanding agar tidak menimbulkan provokasi atau membangkitkan isu-isu sensitif sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2015 8.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM