Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kemuka Cadangan Undang Undang Baharu Ganti Ordinan Dar

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada dalam kalangan mereka ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kemuka-cadangan-undang-undang-baharu-ganti-ordinan-dar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT

Petaling Jaya, 6 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi input dan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung penggubalan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969 yang dimansuhkan pada 2011.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Ada satu dua alternatif kita dah cadangkan. Tapi butir-butir itu biarlah dulu, tak elok jika saya hebahkan sekarang.

"Yang penting, jika diluluskan, ia akan dapat menangani masalah jenayah demi kebaikan masyarakat keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk Mentari Court di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada dalam kalangan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli.

Sementara itu, Khalid berkata buat masa ini belum ada cadangan untuk memperluas khidmat polis bantuan bagi mengawal di kawasan perumahan.

"Apa yang boleh disyorkan adalah tingkatkan penguatkuasaan dan kawalan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama persatuan penduduk, dan kita (polis) sedia lakukan rondaan secara bersama," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM