Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Keluarkan 9 806 Saman Trafik Atas Pelbagai Kesalahan Lalu Lintas

Diterbitkan: 13 Aug 2017 4.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2017 - Sebanyak 9,806 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di atas pelbagai kesalahan lalu lintas, dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan bermula pada 10 hingga 12 Ogos melibatkan lima zon utama lebuhraya di Semenanjung Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-keluarkan-9-806-saman-trafik-atas-pelbagai-kesalahan-lalu-lintas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2017 - Sebanyak 9,806 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di atas pelbagai kesalahan lalu lintas, dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan bermula pada 10 hingga 12 Ogos melibatkan lima zon utama lebuhraya di Semenanjung Malaysia.

Superintenden Mustafa Bakri Salleh, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT, Bukit Aman berkata dalam sidang media yang diadakan di Plaza Tol Jalan Duta Arah Selatan tengah malam tadi berkata seramai 160 individu telah menjalani pemeriksaan air kencing dan 16 daripadanya ditahan kerana kerana positif dadah.

"Operasi bersepadu ini turut disertai oleh beberapa agensi penguatkuasa seperti, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)," katanya.

Superintenden Mustafa berkata, operasi yang dijalankan selama dua hari ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang peraturan lalu lintas dan undang- undang yang perlu dipatuhi.

"JSPT juga telah menjalankan Operasi Lampu Isyarat di seluruh negara bermula 18 Julai 2017 hingga 10 Ogos 2017 yang melibatkan semua daerah dimana sejumlah 12,272 saman telah dikeluarkan," tambah beliau. Operasi ini melibatkan kekuatan seramai 64 pegawai, dan 543 anggota polis.

1
Sekitar Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta..

2
Sekitar Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta..

3
Sekitar Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta..

4
Sesi sidang media..

5
Sekitar Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta..
ArtikelDiterbitkan 13 Aug 2017 4.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM