Polis Kelantan Tahan Tiga Suspek Pelbagai Kes Jenayah
Kota
Bharu, 23 Jun – Polis Kelantan menahan tiga lelaki disyaki terlibat
dalam beberapa kes samun, pecah rumah dan ragut di daerah ini sejak
beberapa bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ACP Lai Yong Heng
berkata, ketiga-tiga susupek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu
ditahan dalam serbuan yang berasingan di Kampung Sri Cemerlang, Taman
Bahagia dan Kampung Kubang Tuman, di sini, Khamis lepas.
Menurutnya,
polis turut merampas pelbagai barangan antaranya dua pucuk pistol
tiruan, dua buah komputer riba, pelbagai jenis kad ATM, kad kredit,
lesen memandu, kad pengenalan, satu bungkusan kecil dipercayai dadah dan
pelbagai jenis barang perhiasan wanita.
Katanya, seorang daripada suspek turut dikehendaki polis bersabit dengan kes dadah pada 2005.

Sumber : Hal Ehawl Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan