Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Tahan Tiga Suspek Pelbagai Kes Jenayah

Published: 17 Jun 2014 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata, ketiga-tiga susupek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan yang berasingan di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-tahan-tiga-suspek-pelbagai-kes-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:12 MYT

Kota Bharu, 23 Jun – Polis Kelantan menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam beberapa kes samun, pecah rumah dan ragut di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata, ketiga-tiga susupek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan yang berasingan di Kampung Sri Cemerlang, Taman Bahagia dan Kampung Kubang Tuman, di sini, Khamis lepas.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya dua pucuk pistol tiruan, dua buah komputer riba, pelbagai jenis kad ATM, kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan, satu bungkusan kecil dipercayai dadah dan pelbagai jenis barang perhiasan wanita.

Katanya, seorang daripada suspek turut dikehendaki polis bersabit dengan kes dadah pada 2005.

Polis Kelantan Tahan Tiga Suspek Pelbagai Kes Jenayah

Sumber : Hal Ehawl Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM