Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Tahan Dua Lelaki Miliki Pistol Peluru

Published: 08 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kelantan menahan dua lelaki berumur 39 dan 32 tahun kerana memiliki dua pucuk pistol dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Hakimi, Pasir Mas, Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-tahan-dua-lelaki-miliki-pistol-peluru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:55 MYT

Kota Baharu, 8 Sept - Polis Kelantan menahan dua lelaki berumur 39 dan 32 tahun kerana memiliki dua pucuk pistol dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Hakimi, Pasir Mas, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) pukul 10.30 malam itu, pihaknya turut menemui 90 butir peluru pelbagai jenis serta 13 butir kelongsong peluru pelbagai jenis.

"Hasil pemeriksaan menemui satu pucuk pucuk pistol jenis Barreta bersama magazin di dalamnya yang mengandungi enam butir peluru serta satu pucuk pistol dipercayai jenis Revolver di mana di dalam ruang peluru pistolnya mengandungi tujuh butir peluru.

"Kita juga menemui sebatang busur silang bersama enam anak panah dan sebilah badik dalam serbuan itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

- BERNAMA

ArticlePublished 08 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM