Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Tahan 76 Orang Disyaki Terlibat Dadah

Published: 14 Feb 2016 10.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis Kelantan menahan 76 orang kerana disyaki terlibat dengan dadah dalam Operasi Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Kota Baharu dari 6 hingga 9 Feb lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-tahan-76-orang-disyaki-terlibat-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:21 MYT
Kota Baharu, 14 Febuari 2016 - Polis Kelantan menahan 76 orang kerana disyaki terlibat dengan dadah dalam Operasi Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Kota Baharu dari 6 hingga 9 Feb lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supt Mit Emong berkata dalam operasi itu pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai RM30,000 turut dirampas. 

"Antara dadah yang dirampas termasuk 1,664 biji pil kuda (Methamphetamine), 9.6 gram Syabu, 10 gram heroin, empat biji Erimin 5, satu gram ganja dan 32 biji ubat batuk," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mit berkata dalam operasi itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Wave Dash yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar itu. 
Kesemua 76 suspek itu yang berusia antara 20 dan 30 tahun kini ditahan reman untuk siasatan, katanya. 

Dalam operasi lain, Mit berkata polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan merampas 600 biji pil kuda bernilai RM12,000 di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kelochor di sini, pukul 8.30 malam, Khamis lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki tersebut baru berjinak dengan kegiatan pengedaran dadah dan dia tiada rekod jenayah lampau serta negatif dadah.

Katanya polis menyita sebuah kereta Toyota Vios bernilai RM70,000 dan sebuah
motosikal bernilai RM4,000 milik lelaki berkenaan.

Suspek direman tujuh hari bermula 12 Feb lepas untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah, katanya.- BERNAMA
ABS BD SNS RHM
ArticlePublished 14 Feb 2016 10.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM