Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Sentiasa Tegas Tangani Kegiatan Judi

Published: 06 Sep 2018 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 6 Sept 2018 - Polis Kelantan menafikan dakwaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kegiatan perjudian di negeri ini, kata Ketua Polisnya Datuk Hasanuddin Hassan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-sentiasa-tegas-tangani-kegiatan-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:04 MYT

Kota Bharu, 6 Sept 2018 - Polis Kelantan menafikan dakwaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kegiatan perjudian di negeri ini, kata Ketua Polisnya Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata sejak Januari hingga semalam, sebanyak 85 serbuan telah dilakukan di seluruh negeri terhadap premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu.

"Sebanyak 82 daripadanya membawa kejayaan sehingga menyebabkan 88 individu berumur antara 30-an dan 40-an ditangkap.

"Kebanyakan pusat perjudian ini yang menjual nombor ekor beroperasi di rumah-rumah kedai yang berselindung di sebalik perniagaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, sebuah blog mendakwa tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua premis perjudian haram kecil-kecilan di Kuala Krai walaupun perkara itu telah diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hasanuddin turut memuji tindakan orang awam yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga membolehkan serbuan dilakukan ke atas premis berkenaan. - BERNAMA

ArticlePublished 06 Sep 2018 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM