Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Sediakan Stor Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir

Published: 10 Dec 2015 12.04 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 10 Dis- Polis Kelantan mewujudkan sebuah stor untuk menyimpan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Polis Kelantan Dato' Mazlan Lazim
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-sediakan-stor-bekalan-makanan-untuk-mangsa-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Kota Baharu, 10 Dis- Polis Kelantan mewujudkan sebuah stor untuk menyimpan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Polis Kelantan Dato' Mazlan Lazim

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama sebuah syarikat yang membenarkan gudangnya di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa di sini digunakan sebagai stor itu.

"Syarikat tersebut membenarkan pihak kita menggunakan gudang itu selama dua bulan untuk menyimpan bekalan makanan yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata pihaknya menyediakan tempat pendaratan helikopter berhampiran gudang itu bagi memudahkan kerja mengangkut bekalan makanan ke kawasan yang dilanda banjir dan tidak boleh dimasuki menggunakan kenderaan darat.

"Pihak NGO sudah memberikan tanggungjawab kepada kita (polis) untuk mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Dec 2015 12.04 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM