Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Pergiat Buru Geng Saga Merah

Published: 18 Jun 2018 1.13 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kota Bharu, 18 Jun 2018 – Tiga lelaki termasuk dua beradik mengambil kesempatan melakukan jenayah samun dalam tempoh sembilan jam ketika ramai yang masih lagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-pergiat-buru-geng-saga-merah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:01 MYT

Kota Bharu, 18 Jun 2018 – Tiga lelaki termasuk dua beradik mengambil kesempatan melakukan jenayah samun dalam tempoh sembilan jam ketika ramai yang masih lagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30 hingga 33 tahun itu memulakan kegiatan jenayah mereka dengan menyamun sebuah kereta Perodua Alza warna putih milik seorang wanita berusia 26 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kesemua suspek bertindak licik apabila melupuskan barang jenayah.

“Sebaik menghalang kereta wanita itu dengan Proton Saga merah, suspek keluar bersenjatakan sebilah pedang samurai menyamun Perodua Alza berkenaan dan melarikan barang mangsa.

“Ada bertindak sebagai penyamun dan peragut. Manakala, modus operandi mereka adalah dengan menyembunyikan kenderaan dan melupuskan barang jenayah.

“Geng itu digelarkan Kumpulan Saga Merah kerana melakukan jenayah dengan menggunakan sebuah kereta Proton,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini, hari ini.

Sumber : Utusan Online

ArticlePublished 18 Jun 2018 1.13 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM