Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Buka Kertas Siasatan Terhadap Kes Perkahwinan Kanak Kanak

Published: 04 Jul 2018 2.47 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 4 Julai 2018 - Polis Kelantan mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun di Gua Musang baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-buka-kertas-siasatan-terhadap-kes-perkahwinan-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT

Kota Bharu, 4 Julai 2018 - Polis Kelantan mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun di Gua Musang baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata walaupun siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu namun kertas siasatan yang dibuka semalam dibuat atas pertimbangan kanak-kanak tersebut masih di bawah umur.

“Hasil laporan siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Thailand, Mej Jen Sanak Sitsamat bersama 11 anggota rombongannya dari Sungai Golok, Waeng dan Takbai.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial setelah perkara itu dikongsikan isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan itu, pengguna laman sosial pelbagai lapisan masyarakat mengecam tindakan lelaki terbabit dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.

-- BERNAMA

ArticlePublished 04 Jul 2018 2.47 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM