Polis Kedah Tumpas Dua Kumpulan Pecah Rumah Curi Kenderaan
Alor
Setar, 13 Jan - Polis menumpaskan dua kumpulan pecah rumah dan curi
kereta yang aktif sekitar daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Yan, Kuala
Muda dan Pendang pada pertengahan bulan Disember lepas.
Ketua
Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menahan enam lelaki
tempatan, merampas 10 kereta serta dua motosikal dengan nilai lebih
RM700,000 selain merampas peralatan pecah rumah dan curi kereta.
Beliau
berkata polis menahan tiga lelaki daripada Geng Faiz Char Koey Teow
berusia 21 hingga 31 tahun, yang aktif melakukan pecah rumah dan curi
kereta, serta tiga lelaki daripada Geng Tiong Hwa berusia antara 28
hingga 39 tahun, yang aktif melakukan jenayah mencuri kenderaan mewah.
"Geng
Faiz Char Koey Teow menggunakan modus operandi dengan pecah rumah
mangsa, mencuri pelbagai barangan termasuk kunci kereta dan melarikan
kenderaan mangsa yang akan digunakan untuk melakukan kegiatan pecah
rumah di tempat lain pula.
"Apabila
berlaku kemalangan, mereka tinggalkan kereta serta melarikan diri,"
katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari
ini.
Ahmad
berkata Geng Tiong Hwa pula aktif mencuri kenderaan mewah di sekitar
Kedah dan kawasan lain seperti Lembah Klang untuk dijual di pasaran luar
negara seperti Thailand.
Beliau
berkata kedua-dua kumpulan mempunyai ramai anggota dan polis berjaya
mengesan lokasi anggotanya yang masih bebas untuk didakwa bersama-sama
mereka yang telah ditahan.
"Semua
yang ditahan ada rekod jenayah lampau dan kes dadah. Bagi Geng Faiz
Char Koey Teow, mereka ada 16 anggota dan kita telah penjarakan dua
anggota mereka sebelum ini, tiga telah ditahan serta bakinya akan
diburu," katanya.
Ahmad
juga berkata penangkapan enam lelaki itu, yang ditahan reman sehingga
16 Jan ini, berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi kereta,
tiga kes samun dan curi kereta, tiga kes samun dan dua kes curi
motosikal.
Beliau
berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan
bagi kesalahan pecah rumah dan Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan.
Dalam
perkembangan lain, Ahmad berkata pada 9 Jan lepas, polis menahan dua
lelaki berusia 20-an dan merampas 900 gram heroin serta 202 gram syabu
bernilai RM30,000.
Kedua-dua
suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tempat mereka ditahan.
Alor
Setar, 13 Jan - Polis menumpaskan dua kumpulan pecah rumah dan curi
kereta yang aktif sekitar daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Yan, Kuala
Muda dan Pendang pada pertengahan bulan Disember lepas.
Sumber : Bernama