Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kedah Tahan 79 Pati Seorang Tekong Darat Awal Pagi Tadi

Diterbitkan: 07 May 2015 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jitra, 7 Mei - Sebanyak 79 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dan seorang tekong darat warga tempatan ditahan anggota polis di dua lokasi berbeza di daerah Kubang Pasu awal Pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kedah-tahan-79-pati-seorang-tekong-darat-awal-pagi-tadi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:04 MYT


Jitra, 7 Mei - Sebanyak 79 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar dan seorang tekong darat warga tempatan ditahan anggota polis di dua lokasi berbeza di daerah Kubang Pasu awal Pagi tadi.

Ketua Polis Kedah Dato’ Zamri Yahya berkata dalam operasi pertama, 67 warga Myanmar ditahan oleh anggota Polis Gerakan Am (PGA) di Kompleks Imigresen, kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam pada 12.35 pagi.

Katanya, 57 lelaki dan lapan wanita berumur 16 hingga 50 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berumur setahun warganegara itu ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah.

Hasil siasatan, pihaknya kata beliau mendapati pendatang asing tersebut berjalan kaki dalam satu kumpulan yang besar dalam keadaan mencurigakan selepas keluar dari pintu sempadan negara jiran, Thailand.

"Kita tahan PATI di lokap Balai Polis Jitra untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, katanya sebanyak 12 PATI Myanmar dan seorang rakyat tempatan dipercayai tekong ditahan di Jalan Kampung Darat, Changlun di sini pada 4.20 pagi tadi.

Katanya, PATI dan tekong darat itu ditahan dalam sebuah kereta Proton Iswara selepas polis mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan di Simpang Tiga Binjal di sini.

Beliau berkata kenderaan milik tekong darat itu dikatakan memecut laju selepas melihat kelibat anggota Polis dan berjaya ditahan semula di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan mendapati kesemua 12 PATI berumur antara 10 hingga 35 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.

Katanya tekong darat berusia 37 tahun yang berasal dari Kodiang turut ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 26(a) Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Siasatan mendapati tekong darat yang tidak mempunyai pekerjaan itu menerima arahan seorang lelaki dikenali sebagai Abang Ismail untuk membawa warga asing itu ke Bukit Mertajam dengan upah RM30 bagi satu kepala," katanya.

Zamri berkata kesemua PATI yang ditahan disiasat mengikut Skesyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 May 2015 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM