Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kapit Rampas Kayu Balak Haram Bernilai Rm70 000

Diterbitkan: 28 Nov 2017 4.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kapit, 28 November 2017 - Taktik mengikat kayu balak haram yang dijadikan rakit berjaya dikesan pasukan polis di Sungai Nanga Beguang, Song semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kapit-rampas-kayu-balak-haram-bernilai-rm70-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT

POLIS KAPIT RAMPAS KAYU BALAK HARAM BERNILAI RM70,000

Kapit, 28 November 2017 - Taktik mengikat kayu balak haram yang dijadikan rakit berjaya dikesan pasukan polis di Sungai Nanga Beguang, Song semalam.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintenden Azhar Abu Bakar berkata, bertindak atas maklumat dan risikan dibuat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) telah menyerbu ke lokasi berkenaan pada pukul 3.30 petang.

“Pemeriksaan dibuat di tepi sungai itu menemukan 83 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz bernilai RM70,000.

“Kayu itu dilonggok yang diikat menjadi rakit didapati tidak mempunyai cop pengesahan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan disyaki diperoleh secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada suspek berada di lokasi dengan semua kayu balak dirampas telah diserah kepada JHS Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,” ujarnya.

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/kayu-balak-haram-diikat-jadi-rakit-bernilai-rm70-000-dirampas-1.562257#.Whz6mWsqj8g.facebook

ArtikelDiterbitkan 28 Nov 2017 4.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM