Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Jumpa Pihak Berkaitan Atasi Masalah Kecurian Di Hentian Bas Mbkt

Published: 22 May 2015 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 22 Mei - Polis akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga dan penjaja serta pihak berkuasa tempatan untuk mencari alternatif terbaik bagi membendung kecurian yang kerap berlaku di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-jumpa-pihak-berkaitan-atasi-masalah-kecurian-di-hentian-bas-mbkt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT


Kuala Terengganu, 22 Mei - Polis akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga dan penjaja serta pihak berkuasa tempatan untuk mencari alternatif terbaik bagi membendung kecurian yang kerap berlaku di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata pihak polis juga akan menyarankan agar para peniaga dapat meningkatkan sistem keselamatan seperti aspek pencahayaan dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun anggota polis melakukan rondaan di kawasan hentian itu namun perlukan sistem keselamatan tambahan kerana kawasannya luas, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini para peniaga di kawasan hentian bas tersebut menggesa pihak MBKT mempertingkatkan sistem keselamatan ekoran kekerapan kes kecurian.

Idris berkata sebanyak lapan laporan polis berhubung kes kecurian di hentian bas itu telah diterima pihaknya dalam tempoh sebulan lepas.

Susulan itu, katanya polis telah memberkas seorang lelaki dan berjaya menemukan pelbagai barangan hasil curi.

- BERNAMA

ArticlePublished 22 May 2015 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM