Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Johor Tumpas Sindiket Proses Dan Mengedar Dadah

Published: 13 Jun 2014 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dadah yang dirampas membabitkan 4.53 kg heroin, 6.51 kg serbuk dipercayai ecstasy, 3,744 biji pil ecstasy dan 240 gram syabu.. Pihak Polis juga turut menemui pelbagai peralatan memproses dan mencetak ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tumpas-sindiket-proses-dan-mengedar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT

Johor Bahru - 8 September 2009. Polis Johor menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah apabila berjaya menahan lima lelaki teramsuk seorang rakyat Singapura dalam empat serbuan di sekitar bandaraya mulai Selasa hingga Jumaat lepas.

YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Ketua Polis Johor berkata, pihak polis merampas pelbagai jenis dadah, wang tunai dan kenderaan yang kesemuanya bernilai RM1 juta dalam serbuan di empat rumah di Jalan Kebun Teh, pangsapuri Skudai Villa, Taman Universiti dan pangsapuri Kip Park.

Dadah yang dirampas membabitkan 4.53 kg heroin, 6.51 kg serbuk dipercayai ecstasy, 3,744 biji pil ecstasy dan 240 gram syabu.. Pihak Polis juga turut menemui pelbagai peralatan memproses dan mencetak pil ecstasy. wang tunai yang dirampas melibatkan RM53,950 , S$17,000 dan Rupiah 7.9 juta manakala kenderaan pula melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Sindikiet yang beroperasi sejak Oktober tahun lepas itu disyaki memasarkan dadah mereka di sekitar bandaraya Johor, Batam dan Tanjung Balai, Indonesia dan Singapura.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM