Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Tumpas Geng Ragut

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pihak polis merampas seutas rantai dan loket, beberapa telefon bimbit dan sebuah kereta Honda Civic yang dilaporkan disamun di Johor Bahru pada Julai lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tumpas-geng-ragut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:36 MYT

Johor Bahru - 1 September 2009 . Hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah menyerbu sebuah rumah di Kangkar Tebrau yang dijadikan markas untuk merancang dan menyimpan hasil ragut yang dilakukan oleh sekumpulan 7 lelaki. Kumpulan peragut bermotosikal ini berusia antara 21 hingga 25 tahun.

Pemeriksaan di rumah tersebut, menemui beberapa barangan yang digunakan untuk melakukan jenayah iaitu 2 parang, sebatang besi panjang, satu tukul besi, pisau pemotong daging dan sebilah pedang. Polis juga turut menemui dua buah motosikal  yang enjin dan casisnya diubah suai serta sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran.

Dalam serbuan itu juga, pihak polis merampas seutas rantai dan loket, beberapa telefon bimbit dan sebuah kereta Honda Civic yang dilaporkan disamun di Johor Bahru pada Julai lalu.

Kumpulan ini dipercayai telah melakukan 30 kes samun dan ragut di sekitar Johor Bahru. Kesemua tujuh suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut dan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan .

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM