Polis Johor Tumpas Geng Ragut
Johor
Bahru - 1 September 2009 . Hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah menyerbu sebuah rumah di
Kangkar Tebrau yang dijadikan markas untuk merancang dan menyimpan hasil
ragut yang dilakukan oleh sekumpulan 7 lelaki. Kumpulan peragut
bermotosikal ini berusia antara 21 hingga 25 tahun.
Pemeriksaan
di rumah tersebut, menemui beberapa barangan yang digunakan untuk
melakukan jenayah iaitu 2 parang, sebatang besi panjang, satu tukul
besi, pisau pemotong daging dan sebilah pedang. Polis juga turut menemui
dua buah motosikal yang enjin dan casisnya diubah suai serta sebuah
motosikal tanpa nombor pendaftaran.
Dalam
serbuan itu juga, pihak polis merampas seutas rantai dan loket,
beberapa telefon bimbit dan sebuah kereta Honda Civic yang dilaporkan
disamun di Johor Bahru pada Julai lalu.
Kumpulan ini dipercayai
telah melakukan 30 kes samun dan ragut di sekitar Johor Bahru. Kesemua
tujuh suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut dan kini disiasat
mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan .