Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Tahan 95 Lelaki Dalam Serbuan Di 28 Premis

Diterbitkan: 02 Mar 2016 10.04 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Johor Bahru, 2 Mac - Polis menahan 95 lelaki termasuk penjaga premis dalam serbuan di 28 premis judi dan hiburan keluarga di seluruh Johor, bermula tengah malam semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tahan-95-lelaki-dalam-serbuan-di-28-premis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:39 MYT


Johor Bahru, 2 Mac - Polis menahan 95 lelaki termasuk penjaga premis dalam serbuan di 28 premis judi dan hiburan keluarga di seluruh Johor, bermula tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan secara berperingkat itu, polis turut merampas 212 unit komputer, 17 (modem), lima (alat permainan 'touch screen'), 19 (mesin pusat hiburan keluarga) dan wang tunai berjumlah RM13,174.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 55 tahun.

"Siasatan polis mendapati ada pusat hiburan keluarga berlesen tetapi telah melanggar syarat dengan beroperasi lebih masa, mempunyai unsur perjudian serta memiliki jumlah permainan yang melebihi had ditetapkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, polis sentiasa mengalu-alukan penyaluran maklumat mengenai sebarang aktiviti perjudian dan kes siasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2016 10.04 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM