Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Selesai 27 Kes Pecah Atm Tahan Enam Lelaki

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Johor Baharu, 22 Okt - Polis berjaya menyelesaikan 27 kes memecah dan melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan penahanan enam lelaki, dalam beberapa serb..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-selesai-27-kes-pecah-atm-tahan-enam-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:24 MYT

Johor Baharu, 22 Okt - Polis berjaya menyelesaikan 27 kes memecah dan melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan penahanan enam lelaki, dalam beberapa serbuan di sekitar Ulu Tiram, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua suspek yang berumur 15 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 10 pagi selepas polis bertindak atas maklumat orang awam.

"Siasatan mempercayai kumpulan itu telah menyebabkan kerugian sehingga RM2 juta menerusi 27 kes yang dilakukan di negeri terbabit dalam tempoh tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sebuah trak penunda, dua parang panjang, satu beg pakaian mengandungi enam gulung tali dan menemui semula lima mesin ATM yang dibuang ke dalam kolam terbiar di Kampung Ban Foo, dekat Ulu Tiram.

Beliau berkata polis turut menemui sebuah kenderaan di dalam ladang kelapa sawit berhampiran yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu.

"Namun, ia sudah musnah terbakar, dipercayai bagi menghapuskan bukti," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar, seorang daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka kini direman sehingga Khamis, untuk membantu siasatan.

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM