Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Jalankan Siasatan Terhadap Kes Pelajar Cedera Ditampar Guru

Published: 14 Aug 2018 2.37 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2018 - Seorang wanita mendakwa anak saudaranya ditampar seorang guru sehingga mengalami kecederaan di bahagian tengkuk di Kampung Padang, Hulu Langat, dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-jalankan-siasatan-terhadap-kes-pelajar-cedera-ditampar-guru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2018 - Seorang wanita mendakwa anak saudaranya ditampar seorang guru sehingga mengalami kecederaan di bahagian tengkuk di Kampung Padang, Hulu Langat, dekat sini semalam.

Wanita dikenali sebagai 'Diyaa Kaif' tersebut memuat naik status dalam laman sosial Facebook mendakwa anak saudara lelakinya yang berusia lapan tahun itu ditampar guru terbabit kerana terlanggar tangannya ketika berlari bersama rakan-rakan.

“Difahamkan empat lagi rakan lain turut ditampar cikgu tersebut.

“Sekarang, anak buah saya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan susulan kerana leher alami kecederaan,” katanya dalam status tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 14 Aug 2018 2.37 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM