Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Giat Kesan Judi Bola

Published: 08 Jul 2018 12.59 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seremban, 8 Julai 2018 - Polis Negeri Sembilan giat melakukan pemantauan dan pemeriksaan kegiatan judi membabitkan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-giat-kesan-judi-bola
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT

Seremban, 8 Julai 2018 - Polis Negeri Sembilan giat melakukan pemantauan dan pemeriksaan kegiatan judi membabitkan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, maklumat awam diperlukan kerana kegiatan itu sukar dikesan polis kerana dibuat secara dalam talian.

"Mereka tidak lagi perlu ke premis untuk berjudi tetapi hanya menggunakan aplikasi WhatsApps untuk buat pertaruhan dan boleh berada di merata-rata tempat.

"Jadi maklumat dari orang awam itu amat penting dan sehingga kini beberapa tangkapan telah dibuat hasil maklumat awam dan risikan polisdan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan dalang judi ini berpusat di luar negara kerana urusan perjudian dilakukan dalam talian.

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 08 Jul 2018 12.59 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM