Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gerakan Marin Rampas 6 500 Biji Telur Penyu

Published: 17 Jun 2014 4.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Gerakan Marin (PGM) di sini merampas 6,500 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini dalam dua operasi berasingan pada Khamis dan Jumaat lepas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gerakan-marin-rampas-6-500-biji-telur-penyu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT
SANDAKAN, 3 Jun (Bernama) -- Polis Gerakan Marin (PGM) di sini merampas 6,500 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini dalam dua operasi berasingan pada Khamis dan Jumaat lepas.

Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata telur penyu tersebut diseludup dari negara jiran untuk pasaran haram di daerah ini.

Katanya rampasan pertama dilakukan pada Khamis kira-kira pukul 4 pagi selepas pihaknya melakukan operasi di kawasan pesisir pantai Kampung Forest dekat sini dan mengesan sebuah bot pam.

Ketika serbuan dilakukan, juragan bot tersebut melarikan diri ke dalam kawasan hutan bakau dan dalam bot tersebut ditemui 3,000 biji telur penyu, katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata operasi kedua dilakukan pada hari berikutnya di kawasan tepi sungai Kampung Obar di Batu 7 dekat sini pada pukul 7 pagi.

Menurutnya anggota PGM terserempak dengan sebuah bot dipandu laju meninggalkan kawasan itu dan hasil pemeriksaan menemui 12 plastik mengandungi 3,500 biji telur penyu.

Sri Vineswaran berkata maklumat orang ramai telah membantu pihaknya membanteras penyeludupan telur penyu ke daerah ini.

-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM