Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gempur 30 Syarikat Pelaburan Tipu Macau Scam Online Gambling

Published: 19 Dec 2017 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Disember- Polis berjaya mendedahkan 30 syarikat pelaburan yang didapati menjalankan aktiviti pelaburan palsu dan berjaya menyelesaikan beberapa kes penipuan 'Macau Scam' serta judi atas talian menerusi satu sidang media di Bilik Media Aras 36, JSJK Menara KPJ Kuala Lumpur, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gempur-30-syarikat-pelaburan-tipu-macau-scam-online-gambling
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:50 MYT

POLIS GEMPUR 30 SYARIKAT PELABURAN TIPU, MACAU SCAM, ONLINE GAMBLING

Kuala Lumpur, 19 Disember- Polis berjaya mendedahkan 30 syarikat pelaburan yang didapati menjalankan aktiviti pelaburan palsu dan berjaya menyelesaikan beberapa kes penipuan 'Macau Scam' serta judi atas talian menerusi satu sidang media di Bilik Media Aras 36, JSJK Menara KPJ Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Dato' Amar Singh Ishar Singh berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama dengan pihak Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur telah melancarkan beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

"Pihak polis berjaya menumpaskan satu sindiket 'Macau Scam’ yang dikesan aktif menipu warganegara China sehingga mengakibatkan kerugian RMB 20 million (RM13 Juta)," katanya.

Dalam serbuan yang sama pihak polis turut berjaya menahan 65 warganegara China dan enam warga tempatan dipercayai ahli sindiket 'online gambling'. Menurut beliau siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 5 Akta Rumah Judi Terbuka.

Dato' Amar Singh juga menekan peningkatan trend jenayah siber yang semakin berleluasa dan antara yang mencatatkan peningkatan dan dipandang serius ialah kes yang melibatkan Love Scam, Romance Scam, Telecomunication Fraud Via SMS, Telecomunication Fraud Via Telefon dan E-commerce Fraud.

Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila menerima email yang mencurigakan dan berhati-hati dalam memilih rakan atas talian terutamanya kenalan daripada luar negara. Orang ramai juga dinasihatkan tidak terpedaya dengan modus operandi kes penipuan sebaliknya membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu.

 Dalam sidang media itu juga beliau turut mendedahkan syarikat yang sedang diambil tindakan iaitu : 1.MGSB, 2.CAPITAL FOSTER ADVISOR, 3.PELABURAN EMAS ROYAL GOLD, 4.KONGSI MAKAN, 5.RICHWAY, 6.MONSPACE, 7.MFACE/MBI , 8.SAHAM - CENTURY DINASTY, 9.BOOKCOIN, 10.BIT COIN - AL MUBIN AGARWOOD, 11.BIT COIN - BIT KINGDOM, 12.MI1 GLOBAL SDN BHD, 13.ZG SPACE CITY (M) SDN BHD, 14.FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH, 15.ROOPERS BURGER, 16.PRO VENDING MACHINE, 17.SAHAM 500 PLUS, 18.KOPI PAK BELALANG, 19.NHA STRATEGIC HOLDING BHD, 20.DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK, 21.YAYASAN PBI (PBI WORLD BERHAD), 22.PELABURAN SAHAM MYZIA COIN, 23.PELABURAN AGR HOLDING, 24.FOREX – FXUNITED, 25.FOREX – TRIGERFX, 26.PELABURAN BITCLUB, 27.PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES, 28.PELABURAN PTM4U, 29.PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES, 30.PELABURAN MINES AND METALS.

Gambar sekitar sidang media1

2345
ArticlePublished 19 Dec 2017 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM