Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Gempur 15 Premis Judi

Diterbitkan: 14 Jan 2016 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan anggota dari Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menggempur 15 premis judi online di lapan daerah sekitar Selangor, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gempur-15-premis-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:37 MYT

Sepasukan anggota dari Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menggempur 15 premis judi online di lapan daerah sekitar Selangor, kelmarin.

Hasil serbuan yang dijalankan ke semua premis perniagaan tersebut, polis berjaya merampas 94 set komputer pelbagai jenama, 65 set komputer riba dan enam set mesin perjudian jenis simulator.

Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan 13 lelaki yang dipercayai penjaga premis serta merampas wang tunai RM2320. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Sumber: Sinar Harian

Polis Gempur 15 Premis Judi

ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2016 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM