Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 65 Pati Warga Indonesia

Published: 15 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang bersama Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Bukit Aman berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dengan menggunakan sebuah bot nelayan di Perairan Sungai Besar dalam satu operasi bersama yang dijalankan, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gagalkan-cubaan-seludup-keluar-65-pati-warga-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

Sabak Bernam, 15 November- Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang bersama Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Bukit Aman berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dengan menggunakan sebuah bot nelayan di Perairan Sungai Besar dalam satu operasi bersama yang dijalankan, awal pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, seramai 69 ditahan, termasuk 65 PATI warga Indonesia serta empat lelaki yang juga warga Indonesia berperanan sebagai Tekong laut dan darat.

Menurut Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati kesemua PATI yang ditahan di dalam bot berkenaan cuba untuk diseludup keluar dari Malaysia melalui jalan yang salah.

"Hasil risikan dari tangkapan dua Tekong laut yang membawa kesemua PATI tadi telah membawa kepada penahanan dua lagi warga Indonesia di kawasan Sekinchan yang dipercayai Tekong darat yang selama ini terlibat dalam aktiviti keluar masuk PATI di negara ini", katanya.

Kesemua tangkapan dibawa balik ke Markas Operasi Marin Pelabuhan Klang untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
Polis Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 65 Pati Warga Indonesia

ArticlePublished 15 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM