Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Gagalkan Cubaan Pecah Masuk

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis memberkas empat lelaki yang cuba memecah masuk rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Taman Maluri awal pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gagalkan-cubaan-pecah-masuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:47 MYT
Polis Gagalkan Cubaan Pecah Masuk

Polis memberkas empat lelaki yang cuba memecah masuk rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Taman Maluri awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh s/o Tara Singh berkata, ketika meronda kawasan itu anggota berkenaan terserempak kereta yang mencurigakan. Dua lelaki dilihat cuba memanjat tembok sebuah rumah berkembar dua tingkat, selepas  menyedari tindak-tanduk diperhatikan mereka telah melarikan diri dengan sebuah kereta.
Ketika cuba menahan suspek, tujuk das tembakan dilepaskan Polis kea rah kereta yang dinaiki penjenayah sebelum berjaya menahan mereka. Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun itu adalah ahli Geng Hong yang ditumpaskan Jun lalu. Pemeriksaan dalam kenderaan menjumpai pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah.

Sumber : Berita Harian
Polis Gagalkan Cubaan Pecah Masuk
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM