Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gagalkan Cubaan Larikan Kereta Wanita Dua Lelaki Dibe

Published: 17 Jun 2014 4.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan kereta seorang wanita selepas menyamun wanita dan adiknya itu di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gagalkan-cubaan-larikan-kereta-wanita-dua-lelaki-dibe
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:52 MYT
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki melarikan kereta seorang wanita selepas menyamun wanita dan adiknya itu di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah di sini Sabtu lepas apabila kedua-duanya berjaya diberkas beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kejadian berlaku kira-kira 4.15 pagi ketika kereta yang dipandu mangsa berumur 39 tahun bersama adiknya 33 tahun dari arah Taman Shamelin Perkasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Katanya lelaki berusia 17 dan 20 tahun itu secara tiba-tiba datang dan membuka pintu kereta sebelum merampas beg tangan milik mangsa.

"Salah seorang daripada lelaki tersebut telah menumbuk perut mangsa sebelum menariknya keluar dan terus melarikan kereta dan juga adik mangsa," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita, Isnin.

Beliau berkata mangsa terus meminta bantuan orang awam untuk menghubungi polis dan kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengekori kereta itu.

Kedua-dua suspek ditahan selepas kereta peronda polis berjaya memintas dan menghalang kereta itu di Jalan Perdana 5/1, Pandan Perdana, di sini, katanya.

"Adik mangsa telah ditemui di dalam kereta berkenaan dalam keadaan selamat dan beliau turut membuat laporan polis kerana mendakwa telah dicabul serta cuba dirogol oleh dua suspek berkenaan," katanya.

Katanya kedua-dua suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.


-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM