Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Cekup Polis Palsu

Published: 10 Jun 2015 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kajang berjaya menahan dua lelaki selepas mereka dipercayai menjalankan kegiatan menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun mangsa, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cekup-polis-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:08 MYT

Polis Kajang berjaya menahan dua lelaki selepas mereka dipercayai menjalankan kegiatan menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun mangsa, kelmarin.

Kedua-dua suspek ditahan ketika menaiki kereta Proton Waja jam 7.30 malam berhampiran pusat beli-belah AEON Cheras selepas polis mendapat maklumat hasil daripada laporan mangsa samun mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, SAC Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kedua dua suspek menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya besar berhampiran lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Polis Cekup Polis Palsu
ArticlePublished 10 Jun 2015 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM