Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Cari Waris Choong Kam Wah

Published: 18 Dec 2017 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras sedang mengesan waris lelaki yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPKUM) 2 Disember lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cari-waris-choong-kam-wah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:03 MYT

Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras sedang mengesan waris lelaki yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPKUM) 2 Disember lalu.
 
Jenazah lelaki yang dikenali sebagai Choong Kam Wah atau Mohammad Alif Chong Abdullah, 60, masih berada di Bahagian Forensik pusat perubatan berkenaan.
 
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, lelaki itu meninggal di Wad Medical 5, PPUKM pada 2 Disember lalu dan sehingga kini tiada waris yang menuntutnya.
 
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
 
"Orang ramai boleh menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Cheras Sarjan Nordin Alias di talian 013-2704036 atau IPD Cheras 03-92050301, Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999/ SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/294454/polis-cari-waris-choong-kam-wah
 
 
ArticlePublished 18 Dec 2017 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM