Polis Kelantan kini giat mengesan tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes gaduh dan pukul seorang wanita berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab yang viral di laman Facebook.
Pihak polis memandang serius insiden tersebut dan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah terlibat.
Motif pergaduhan dipercayai suspek menuduh mangsa mencuri barang kemas dan mempunyai hubungan dengan teman lelakinya.
Sumber : Sinar Harian