Kota Bharu - Seorang lelaki berusia 26 tahun menjadi buruan polis dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan penipuan sekitar bandar ini.
Dikenali sebagai Mohd Khairul Anuar Iskandar dari Peringat, di sini, dia dikehendaki bagi membantu kes samun dan melarikan kenderaan mewah milik seorang wanita pada 2012.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian, suspek dipercayai menggunakan sebilah parang untuk mengugut mangsa dan melarikan barang miliknya bernilai kira-kira RM50,000.
"Dia juga aktif dalam penipuan dan pengedaran dadah. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini dikehendaki menghubungi balai polis terdekat," katanya.
Sumber: Harian Metro
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Polis Cari Khairul Anuar
Seorang lelaki berusia 26 tahun menjadi buruan polis dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan penipuan sekitar bandar ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cari-khairul-anuar
Scan to view the latest live version.